Oleh Abd Razak Osman
10 September 2023, 14:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Karnival Usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) dan myKomuniti (myKP) Zon Utara 2023 yang diadakan selama dua hari di Resort Kuala Muda mulai semalam adalah bertemakan “Usahawan Kreatif Menjana Keterjaminan Makanan”.

Pelbagai acara dan pertandingan keusahawanan dilaksanakann selepas berlangsungnya majlis perasmian oleh Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan), Yang Berhormat (YB) Bohari Leng.

Dalam ucapannya, YB Bohari menjelaskan bahawa pada tahun ini sahaja, kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM805 722 kepada Pejabat Perikanan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk menjayakan pembangunan usahawan dan myKomuniti Perikanan.

Tambah beliau lagi,

Sebanyak 42 orang peserta myKomuniti Perikanan di Zon Utara telah membuat jualan hasil produk makanan berasaskan ikan sebanyak RM9 906 juta pada tahun lepas.

Dalam majlis itu juga, YB Bohari turut menyampaikan replika cek Bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS) Pengembangan dan Akuakultur Zon Utara 2023 kepada Sabri Musa yang mewakili 27 orang peserta daripada pelbagai projek pada peringkat negeri Kedah. Cek tersebut bernilai RM324 087.

Norhamishah Abdul Halim pula mewakili 17 orang peserta projek dari Pulau Pinang yang menerima replika cek berjumlah RM348 950.

Selain itu, replika cek sebanyak RM132 685 turut disampaikan kepada Mohamad Hasbullah Mahmud yang mewakili 15 orang peserta projek berkenaan di negeri Perlis.

Terdahulu, Pengarah Perikanan Kedah, Sukri Deris mengatakan bahawa Kedah terpilih menjadi tuan rumah dan karnival pada kali ini untuk meraikan usahawan kreatif dalam memperkenalkan produk keluaran masing-masing.

Tetamu kehormat lain yang hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan, Khazlita Adzim Abdol Aziz, Pengarah Perikanan Negeri Perlis, Sufian Ahmad dan Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang, Zarina Zainuddin.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.