5 September 2023, 08:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Penurunan jumlah penghasilan padi ekoran faktor cuaca dan serangan penyakit selama tiga musim berturut-turut dikenal pasti antara punca utama kekurangan bekalan beras putih tempatan dalam pasaran domestik. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan masyarakat pembeli dan peruncit akan lebih bergantung terhadap bekalan beras putih import dan menyebabkan beras tempatan tiada permintaan.

Susulan krisis tersebut, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Azman Mahmood berkata, langkah perlu diambil bagi meningkatkan pengeluaran beras putih tempatan sekali gus dapat menampung keperluan pengguna dalam negara dan mengurangkan kebergantungan kepada beras import. Menurutnya lagi, tahap sara diri (SSL) bekalan beras negara yang kini berada di paras 62 peratus sedikit membimbangkan kerana  terdedah kepada gangguan bekalan sekiranya berlaku perkara yang boleh menjejaskan bekalan beras import.

Pihak kerajaan telah mengambil langkah intervensi bagi meningkatkan bekalan beras putih tempatan di pasaran dengan meminta pengilang padi zon utara meningkatkan pengeluaran sebanyak 20 peratus dan memberikannya kepada kerajaan melalui Bernas. Jelas beliau lagi, langkah tersebut bagaimanapun hanya bersifat sementara yakni sebagai langkah penyelesaian dan pembaharuan bagi meningkatkan keterjaminan produktiviti padi dan beras negara secara berkekalan.

Selain itu, menurut beliau berkaitan kenaikan harga beras putih import di seluruh negara susulan penyelarasan harga yang dibuat oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) menyebabkan pengguna kini lebih cenderung membeli beras putih tempatan yang dijual pada harga dikawal iaitu sekitar RM2.60 sekilogram atau RM26 sekampit. Melalui peningkatan harga beras import, permintaan beras putih tempatan akan meningkat melalui peningkatan harga beras import. Perkara ini dapat menyeimbangkan krisis kekerungan pengeluran beras tempatan, sekali gus dapat membanteras tindakan segelintir pemborong yang didakwa cuba memanipulasi harga dengan menukar kampit beras tempatan kepada beras import.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.