Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Lembaga getah Malaysia (LGM) menjelaskan bahawa Insentif Pengeluaran Getah (IPG) telah diaktifkan kepada pekebun kecil getah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi Ogos 2023.
Menurut kenyataan LGM pada hari ini, harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap pada Ogos ialah RM2.30 sekilogram bagi Semenanjung manakala bagi sabah pula RM1.95 dan Sarawak pula RM2.10 sekilogram. LGM menyatakan bahawa IPG getah sekerap dan lateks teraktif bulan tersebut di Semenanjung adalah sebanyak 40 sen sekilogram untuk 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 80 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK. Manakala kadarnya sebanyak 60 sen bagi 50 peratus KGK dan RM1.20 sekilogram bagi 100 peratus KGK di Sarawak dan di Sabah pula kadarnya adalah 75 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan RM1.50 sekilogram bagi 100 peratus KGK.
Berdasarkan pengeluaran getah pada Ogos 2023, pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG bermula 1 hingga 30 Sept 2023. Selain itu, IPG lateks yang ditetapkan pada 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK, turut teraktif. IPG telah mengaktifkan harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap pada paras RM2.70 sekilogram bermula Januari 2023. Peningkatan Paras Harga Pengaktifan Baharu merupakan inisiatif kerajaan menerusi pengumuman Belanjawan 2023.