Diterbitkan pada 22 Ogos 2023, 19:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) bersetuju agar penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan agensi di bawahnya turut meliputi pelaburan langsung domestik (DDI) selain daripada pelaburan langsung asing (FDI).

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa DDI menumpukan kepada sektor ekonomi yang membawa kepada pembangunan negara perlu diselaraskan dengan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) supaya mereka dapat peluang melabur dan memberi sokongan kepada syarikat tempatan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu turut dihadiri Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican. Manakala tokoh koporat yang menghadirinya termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd, Ahmad Zulqarnain Onn dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.

Beliau juga menambah mesyuarat tersebut turut membincangkan mengenai agenda pemerkasaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai peneraju utama agensi penggalakan pelaburan (IPA).

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi