Diterbitkan pada 28 Julai 2023, 20:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – A&W Malaysia menyasarkan untuk membuka sebanyak 150 buah cawangan menjelang tahun 2025 sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen pasaran makanan segera di Malaysia. A&W turut meraikan pembukaan cawangan restoran ke-100 di pusat membeli belah Siera Fresco bersempena ulang tahun A&W ke-60 bertapak di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, George Ang menyatakan bahawa A&W telah berjaya menawan citarasa masyarakat di Malaysia. Beliau menambah bahawa seiring dengan perubahan masa, A&W turut berkembang untuk memenuhi keperluan generasi baharu dan mengekalkan ciri ikoniknya. Pihak A&W sentiasa melakukan inovasi sebagai jaminan untuk menyediakan menu yang menyegarkan bagi seisi lapisan masyarakat.

Restoran baharu A&W itu menampilkan konsep moden suasana gaya restoran ala Amerika yang mengalu-alukan kehadiran masyarakat untuk merasai gaya retro sambil menikmati menu klasik kegemaran mereka dengan tawaran menu yang sesuai dengan generasi baharu.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi