Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Saji telah menerima pengiktirafan jenama terunggul teratas dengan pertambahan pembeli terbanyak pada tahun 2022 daripada Kantar yang merupakan syarikat data pengguna, cerapan dan perunding terkemuka di dunia. Anugerah tersebut mengiktiraf kejayaan jenama produk makanan tempatan itu kerana meraih peningkatan bilangan pembeli sebanyak 5.4% pada tahun 2022. Anugerah itu disampaikan oleh Pengarah Urusan, Malaysia & Thailand, Worldpanel Divison Kantar Malaysia Sdn. Bhd, Howard Chang.
Anugerah tersebut merupakan kejayaan kedua bagi jenama Saji setelah berjaya meraih anugerah jenama terpantas berkembang dekad ini pada tahun lalu dengan merekodkan perkembangan sebanyak 177% dalam indeks Ttitp Capaian Pengguna (CPI) antara tahun 2012 sehingga tahun 2021. Anugerah tersebut membuktikan bahawa jenama Saji terus mendapat tempat dalam pengguna dan meluaskan pasaran produknya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Nazrul Mansor menyatakan bahawa penerimaan anugerah berprestij dan pertumbuhan berterusan jenama Saji membuktikan komitmen syarikat untuk menjadi syarikat makanan terkemuka di Malaysia yang memperkenalkan produk makanan dan tani lestari pada peringkat antarabangsa. Beliau menambah bahawa FGV berhasrat untuk mencapai matlamat syarikat bagi memastikan sekurang-kurangnya 50% bahan masakan di dapur Malaysia terdiri daripada produk FGV menjelang tahun 2030.