15 Mei 2023, 18:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada USD 114.7 bilion setakat 15 Mei 2023 daripada USD 114.4 bilion pada 28 April 2023.

BNM menyatakan bahawa paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (USD 102.1 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (USD 1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (USD 5.8 bilion), emas (USD 2.5 bilion), dan aset-aset rizab lain (USD 2.9 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM620.02 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM506.33 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.21 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.63 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.45 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM71.26 bilion).

BNM menyatakan bahawa modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM 100 juta), rizab (RM 167.93 bilion), mata wang dalam edaran (RM 161.55 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM 202.81 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM 5.76 bilion), deposit-deposit lain (RM 39.84 bilion), kertas Bank Negara (RM 9.66 bllion), peruntukan SDR (RM 28.73 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM 3.65 bilion).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.