Diterbitkan pada 8 Mei 2023, 11:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus mengamalkan semangat keprihatinan dan konsep kasih sayang kerajaan kepada rakyat Malaysia berikutan memperkenalkan Jualan Rahmah, Bakul Rahmah dan Payung Rahmah.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat, banyak pihak yang memperoleh manfaat darinya. Tambah beliau lagi, masyarakat tempatan boleh membeli barang dengan harga yang lebih rendah melalui Jualan Rahmah. “KPDN juga melaksanakan Inisiatif Bakul Rahmah iaitu merangkumi barang keperluan asas antaranya, beras, minyak masak, susu pekat dan lain-lain. Bakul itu terus diagihkan kepada golongan yang memerlukan.”Melalui Program Payung Rahmah diterajui KPDN, pengguna dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga berpatutan di samping dapat ganjaran istimewa ditawarkan oleh peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pasar Raya TF Value-Mart Sungai Lalang di sini hari ini. Cawangan itu merupakan Pasar Raya TF Value-Mart yang ke-44 dibuka di seluruh negara dan yang ke-6 beroperasi di negeri Kedah. “Melalui usaha begini, ia akan memberi banyak kemudahan kepada penduduk di bandar-bandar kecil dan kawasan luar bandar bagi mendapatkan pelbagai barang keperluan dengan harga yang lebih rendah. “Terima kasih kepada semua pihak kerana terus memberi kerjasama bagi menjayakan setiap program diperkenalkan oleh KPDN,” katanya lagi.

Turut hadir di majlis itu, Pengarah KPDN Negeri Kedah, Affendi Rajini Khan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, R. Sammugam dan Pengurus Operasi Pasar Raya TF Value-Mart Sungai Lalang, Faizol Baba Ahmad.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi