14 April 2023, 19:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Syarikat penerbangan Indonesia, PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa) telah membuat penerbangan antarabangsa sulungnya dari Jakarta ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada peringkat awal, TransNusa akan mengendalikan dua penerbangan pergi balik setiap hari untuk laluan Jakarta-Kuala Lumpur dengan semua penerbangan berkenaan mempunyai slot masa penerbangan utama yang mendapat permintaan tertinggi. Syarikat penerbangan tambang rendah itu akan diperkenalkan sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan premium bagi laluan antarabangsanya.

Penerbangan akan berlepas dari Jakarta ke Kuala Lumpur pada pukul 7 pagi dan pukul 4.50 petang waktu tempatan, manakala perlepasan harian Kuala Lumpur ke Jakarta akan tiba pada pukul 10.40 pagi dan pukul 10.35 malam, dengan harga tiket promosi semasa ditetapkan serendah RM229.

Ketua Pegawai Eksekutif TransNusa, Datuk Bernard Francis menyatakan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan syarikat penerbangan itu melebihi daripada syarikat penerbangan tambang rendah lain untuk laluan antarabangsanya. Selain laluan Kuala Lumpur-Jakarta, syarikat penerbangan itu kini mengendalikan 10 penerbangan harian untuk laluan Jakarta-Bali dan tiga kali sehari bagi laluan Jakarta-Jogjakarta.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.