14 April 2023, 23:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Anak syarikat Gentari Sdn. Bhd. (Gentari), Gentari Green Mobility Sdn. Bhd. menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Lotus Cars Malaysia (Lotus Cars). Gentari menyatakan bahawa mereka akan meneroka kerjasama infrastruktur mobiliti hijau untuk pengecasan kenderaan elektrik (EV) di kemudahan Lotus Cars dan kawasan awam termasuklah pakej pengecasan EV untuk pemilik EV Lotus.

Selain itu, mereka menyasarkan kerjasama itu berpotensi untuk meneroka pengenalan penyelesaian armada kenderaan sifar pelepasan di Malaysia, penggunaan tenaga boleh diperbaharui di kemudahan Lotus Cars dan platform digital dengan syarikat tersebut. Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari, Shah Yang Razalli menyatakan bahawa perkara itu akan memudahkan pemandu kereta berprestasi tinggi Lotus Cars untuk mengurangkan jejak karbon mereka.

Pengurus Besar Lotus Cars, Tengku Ezan Ley menyatakan bahawa kerjasama tersebut membolehkan syarikatnya membolehkan pelanggan EV dengan lebih baik bermula dengan Eletre Hyper-SUV. Peningkatan ketersambungan kepada rangkaian EV Gentari yang berkembang pesat akan membantu meningkatkan kemudahan pelanggan supaya dapat merancang perjalanan jauh dan berkesan. Gentari yang diperkenalkan pada tahun 2022 pada masa ini menggunakan lebih 150 infrastruktur pengecasan di 35 lokasi di Malaysia dan 160 infrasktuktur pengecasan di India.

Gentari menyasarkan untuk menguasai 10% bahagian pasaran dan merancang untuk membuat pemasangan 9000 tempat pengecasan awam menjelang tahun 2026.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.