Oleh Abd Razak Osman
28 Mac 2023, 16:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Pasaraya Mydin di bawah pengurusan Iman Ikhlas (M) Sdn. Bhd menyediakan pelbagai insiatif ganjaran, termasuk meluluskan kenaikan gaji tahunan kepada pekerjanya berkuatkuasa 26 Mac lalu.

Pengurus Eksekutif Mydin Wilayah Utara, Azmin Saduruddin berkata, buat permulaan kira-kira 200 orang pekerjanya, bermula dari pangkat penyelia ke atas di kawasan utara bakal menikmati kemudahan itu pada bulan ini. “Kenaikan gaji baharu itu antara 5% hingga 10% berdasarkan penilaian prestasi kerja tahunan dan kenaikan pangkat bagi setiap jawatan yang layak. “Melalui kenaikan gaji tersebut, ia dapat membantu para pekerja dalam menangani kenaikan kos sara hidup dan inflasi di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Iftar Perdana 2023 di Mydin Taman Batik di sini semalam bagi meraikan seramai 30 orang anak yatim di daerah Kuala Muda menerima baju raya dan berbuka puasa. Selain itu, pihak Mydin turut menyediakan pemberian duit raya kepada semua kakitangan sebelum perayaan Aidilfitri kali ini bagi memudahkan mereka membeli barang keperluan masing-masing. “Mengenai program Menu Rahmah pula, Mydin tidak ketinggalan menyahut seruan kerajaan itu.”Semua program yang menawarkan harga barang dapur lebih murah dan berpatutan diperkenalkan oleh kerajaan di Pasaraya Mydin mendapat sambutan baik sekali,” katanya lagi.

Turut hadir di majlis itu Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Ahmad Fadzli Hashim, Pengarah Urusan Mydin Wilayah Utara, Saduruddin Gulam Husen dan Pengurus Cawangan Mydin Taman Batik, Mohd Fauzi Rashid.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.