Diterbitkan pada 24 Mac 2023, 22:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Shah Alam – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Samsung Malaysia Electronics menjalinkan kerjasama dengan menawarkan teknologi dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dalam pasaran Malaysia. Hubungan kerjasama itu dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak di ibu pejabat PKNS.

Samsung Malaysia merupakan antara jenama yang terkenal bagi peralatan rumah, elektronik dan keperluan rumah yang berkualiti tinggi. Melalui kerjasama itu, pembeli rumah boleh mendapatkan produk pada harga diskaun dengan mencipta sendiri pengalaman menggunakan produk mampan dengan teknologi pintar dan terkini. Hal itu akan memberikan manfaat kepada pembeli rumah yang mahukan peralatan rumah yang terkini dan moden.

Kerjasama itu bakal menjadikan PKNS berbeza dengan pesaing industri dalam pasaran kerana PKNS menawarkan pakej lengkap kepada pembeli rumah dengan tawaran harga diskaun untuk pembelian barang kelengkapan rumah yang membolehkan pembeli menikmati kehidupan lebih mudah. Kerjasama strategik itu juga akan memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk menganjurkan program bersama seperti aktiviti pemasaran untuk memasarkan hartanah PKNS dan memperkenalkan produk baharu Samsung.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato’ Mahmud Abbas manakala Samsung Malaysia Electronics pula diwakili oleh Presidennya, Denny Kim.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi