22 Mac 2023, 17:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Inisiatif bagi mengarusperdanakan inovasi ekonomi digital dalam kalangan rakyat akan dilancarkan dalam tempoh dua minggu lagi, demikian kata Menteri Ekonomi, Yang Berhormat (YB) Rafizi Ramli ketika Majlis Perjumpaan bersama Warga Kementerian Ekonomi pagi tadi.

Tanpa mendedahkan butirannya, beliau berkata inisiatif ini dijalankan secara kerjasama antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sejak dua bulan lepas. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan bersama-sama Warga Kementerian Ekonomi.

YB Rafizi Ramli

“Kita memang ada kerangka yang baik dari segi kaedah untuk meningkatkan ekonomi digital kita. Namun, lazimnya apabila menyebut tentang kerangka ataupun dasar, tumpuan lebih berfokus terhadap soal kewangan, bantuan dan sebagainya,”

Menurut beliau lagi, terdapat juga cabaran yang perlu ditangani dengan baik, iaitu tahap inovasi dalam ekonomi kerana ekonomi digital memerlukan tahap inovasi yang tinggi.

Sementara itu, dalam ucapannya di hadapan warga kementerian, YB Rafizi menyeru agar semua terus berlari dengan laju dan meminta agar warga kementerian memastikan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga dapat dimuktamadkan dalam tempoh tiga bulan.

“Pasukan kita ada tugas berat untuk memastikan pelan itu dapat siap dalam masa tiga bulan. Hal ini bukan sahaja melibatkan soal alam sekitar atau pelepasan sifar, tetapi juga matlamat besar mengenai peralihan tenaga bagi menjamin kelangsungan bekalan tenaga,” katanya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.