21 Mac 2023, 17:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Peluang tanpa sempadan untuk mengembangkan perniagaan dan industri tempatan demi melonjakkan pasaran di Malaysia diketengahkan secara utuh oleh organisasi terkemuka seperti Tourism Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan banyak lagi sepanjang berlangsungnya Petal Ads Summit 2023, yang bertemakan “Go Beyond, Go Borderless”. Sidang kemuncak tersebut yang menyerlahkan landskap pengiklanan mudah alih terkini, dianjurkan oleh Huawei Malaysia dan Malaysian Digital Association (MDA), yang  mempunyai visi yang sama untuk membina ekosistem yang lebih bagus untuk perusahaan tempatan.

Petal Ads, yang sebelum ini dikenali sebagai HUAWEI Ads merupakan platform pengiklanan telefon pintar, telah menjemput jenama terkemuka Malaysia, rakan kongsi, pakar utama dan syarikat gergasi untuk berkongsi dan membincangkan idea masing-masing dan juga cabaran dalam ekonomi semasa. Peluang yang  diberikan oleh Petal Ads  untuk mempercepat dan mempertingkatkan usaha semua jenama melalui data pihak utama dalam dunia pengiklanan mudah alih yang pertama juga telah diserlahkan dalam sektor seperti pelancongan & pengangkutan, kewangan, e-dagang dan banyak lagi kepada khalayak sasaran dari serata dunia.

Iskandar Mirza, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia telah berkongsi bahawa sidang kemuncak ini tiba pada waktu yang tepat, apalagi dalam memperkenalkan peluang digital kepada perniagaan tempatan untuk mengukuhkan pengenalan jenama di antara para pelawat dari luar negara. Susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa pada tahun lalu, Malaysia berusaha untuk mencapai kedatangan 16.1 juta pelancong pada tahun ini yang akan menjana kemasukan dana pelancongan sebanyak RM49.2 bilion, apalagi dengan pembukaan sempadan dari negara China.

Menyentuh mengenai topik berkenaan pengiklanan mudah alih untuk menaikkan peluang tanpa sempadan, Ts. Mahadzir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC menyatakan bahawa ekosistem yang padu dalam pengiklanan mudah alih akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Nick Zhao, Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Mudah Alih HUAWEI Malaysia berkata bahawa matlamat untuk menonjolkan ekonomi Malaysia dengan penyelesaian perdagangan dunia bukannya untuk menimbulkan persaingan dengan platform lain, tetapi untuk menyediakan pilihan yang berkenaan dan sesuai dengan keinginan mereka. Oleh itu, pengenalan dua penyelesaian baharu semasa Petal Ads Summit bertujuan untuk menyemarakkan usaha industri tempatan dalam mengembangkan kesalinghubungan dunia.

Semasa sidang kemuncak tersebut, Petal Ads telah melancarkan penjenamaan semula dari HUAWEI Ads kepada Petal Ads, memaparkan penyelesaian termaju dan tanpa sempadan kepada khalayak yang lebih luas. Melalui penjenamaan semula, Petal Ads berharap untuk membantu mengukuhkan ekosistem pengiklanan mudah alih di Malaysia sambil menyumbang teknologi terkini serta penyelesaian industri mereka untuk meningkatkan ekonomi Malaysia.

Sebagai platform pemasaran pintar semua senario, Petal Ads menyediakan pemasaran dan servis pengiklanan trafik untuk para pengiklan dan penerbit di seluruh dunia untuk membantu mereka mencapai perkembangan perniagaan dan mempertingkat nilai jenama. Perkara itu boleh dilakukan dengan leveraj senario ekosistem “1+8+N” HUAWEI, kemampuan aplikasi pemasaran HUAWEI, trafik pihak ketiga premium dan sumber perniagaan yang besar, dan juga teknologi pengiklanan yang maju.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Petal Ads, sila layari laman web rasmi: https://developer.huawei.com/consumer/en/monetizeha_source=petaladssummit_pr_y

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.