17 Mac 2023, 11:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Procter & Gamble dan WEConnect International berjaya menyempurnakan edisi utama 2023 Akademi Usahawan Wanita P&G (Women Entrepreneur Academy (WEA)) melalui majlis graduasi maya.

Majlis graduasi itu dianjurkan buat julung kalinya di Malaysia. Majlis itu turut diserikan secara maya oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Haji Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Malaysia; tetamu kehormat, Cik Low Yen Ling, Menteri Negara, Kementerian Perdagangan dan Industri & Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Singapura.

Pada tahun ini, seramai 23 orang usahawan dari Malaysia dan Singapura menyertai program itu. Mereka mempelajari pelbagai modul latihan dan pembangunan kendiri. Program yang diadakan dalam talian selama tempoh tiga minggu itu menawarkan modul yang direka bentuk oleh P&G bersama WEConnect. Program tersebut dikendalikan oleh wakil kanan P&G dengan matlamat untuk meningkatkan keupayaan usahawan wanita dan membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing. Modul ini merangkumi topik pembangunan perniagaan yang luas termasuk operasi, perolehan, kemahiran kepimpinan, jualan dan penjenamaan syarikat.

Visi P&G adalah untuk mewujudkan dunia yang lebih saksama dan inklusif. Kami mempunyai peranan dan hasrat untuk mengurangkan halangan peluang ekonomi bagi para wanita melalui langkah yang mampan dan usaha advokasi. Setelah berjaya menganjurkan Akademi Usahawan Wanita di tempat lain dalam rantau ini, kami sangat teruja untuk mengadakannya di Malaysia pada tahun 2023. Perniagaan milik wanita bukan sahaja baik untuk ekonomi, tetapi juga dapat membentuk komuniti. Hal ini demikian kerana, apabila lebih ramai wanita memimpin, mereka menjadi contoh kepada golongan yang lain untuk mengambil laluan yang sama. Dengan program P&G seperti ini yang menyediakan rangkaian sokongan dan menyerlahkan keupayaan, kita mengambil langkah ke arah kesaksamaan dan medan perjuangan yang saksama untuk wanita,” kata Priyali Kamath, Naib Presiden Kanan, Penjagaan Kulit & Peribadi dan Penaja Eksekutif, Kesaksamaan & Keterangkuman, P&G Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika.

Akademi Usahawan Wanita P&G ialah inisiatif utama dalam komitmen jangka masa panjang P&G ke arah persekitaran saksama dan inklusif yang bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi jantina. Program itu dianjurkan bersama WEConnect International, sebuah organisasi antarabangsa tanpa berasakan keuntungan yang bekerjasama dengan syarikat multinasional dan organisasi multilateral untuk menjana peluang akses pasaran bagi perusahaan perniagaan wanita di lebih 135 negara.

“Usaha mempertingkatkan perkembangan perniagaan milik wanita dapat meningkatkan saiz ekonomi Singapura sebanyak 95 bilion dolar Singapura, kira-kira 20% daripada KDNK. Golongan wanita memiliki 20.6 peratus entiti perniagaan di Malaysia dan telah menyumbang secara ketara ke arah ekonomi negara sambil mewujudkan lebih tujuh ratus ribu peluang pekerjaan. Kami amat gembira kerana kerjasama bersama P&G ini memangkin perubahan positif dalam kehidupan pemilik perniagaan wanita di Singapura dan Malaysia, dengan memberikan mereka peluang untuk membina pengetahuan dan kemahiran serta membangunkan rangkaian yang kukuh,” kata Mrinalini Venkatachalam, Pengarah Serantau untuk Asia Tenggara dan Oceania, WEConnect International.

Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka masa panjang P&G terhadap kesaksamaan dan keterangkuman, P&G sedang berusaha ke arah memperkembangkan rangkaian pembekal yang lebih pelbagai di bawah inisiatif jangka panjang yang dipanggil Program Kepelbagaian Pembekal P&G (P&G Supplier Diversity). Sejak penubuhannya pada 2016 yang dikenali sebagai Program Pembangunan Usahawan Wanita (WEDP), Akademi Usahawan Wanita P&G telah dijalankan di seluruh dunia, di Malaysia, Singapura, dan negara-negara lain di rantau ini termasuk China, India, Jepun, Afrika Selatan dan Indonesia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.