17 Mac 2023, 19:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melabur hampir RM 1 bilion dalam 86 buah syarikat di bawah skim pelaburan Pernas sejak tahun 1998 sehingga kini. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasamy menyatakan bahawa Pernas telah memperuntukkan RM 300 juta bagi pelaburan ekuiti bagi tempoh lima tahun dari tahun 2021 hingga 2025.

Pihak Pernas memfokuskan beberapa sektor seperti peruncitan, restoran, perkhidmatan dan jenama FTW Racing merupakan syarikat pertama bagi sektor permotoran dan sukan lasak yang menerima pelaburan dari Pernas. Beliau menyatakan bahawa pihak FTW Racing akan bertindak seperti francaisor yang akan membimbing bakal francaisi di bawahnya untuk terus berjaya dalam industri francais.

Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif FTW Ventures Sdn Bhd, Hairolsham Abu Bakar. FTW Racing turut melancarkan aplikasi baharu kepada pelanggan untuk menempah dan membeli produk dengan cepat dan lebih mudah. Aplikasi itu merupakan aplikasi pertama seumpamanya di rantau ini yang memfokuskan kepada produk aktiviti luar dan lasak seperti jersi, seluar, topi kelendar, motosikal dan lain-lain lagi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.