Oleh Abd. Razak Osman
7 Mac 2023, 08:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kepala Batas – Majlis perasmian bangunan wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) – Yayasan Infaq Angkasa berlangsung di Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang. Bangunan itu dibeli oleh Angkasa pada tahun 2019 lalu dari Bertam Perdana Properties dengan harga RM1.2 juta. Bagaimanapun, Yayasan Infaq Angkasa telah mewakafkan dua lot bangunan empat bernilai RM 1170.000 kepada MAINPP bagi memperkasakan pembangunan ekonomi masyarakat setempat.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sejak ditubuh pada 9 Julai 2021 lalu, pihak yayasan telah menyalurkan dana wakaf hampir RM13 juta bagi pembangunan ekonomi rakyat dalam pelbagai sektor di seluruh negara. Tambahnya lagi, dana wakaf telah mencecah RM25 juta dan  akan diagih-agihkan kepada masyarakat tertentu di negara ini. “Yayasan Infaq Angkasa telah mengambil pelbagai langkah proaktif bagi mencapai tujuan tersebut, termasuk meningkatkan taraf MAINPP dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri yang lain,” katanya sempena Majlis Perasmian Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) – Yayasan Infaq Angkasa.
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Seri Ahmad Fuzi Abdul Razak merasmikan bangunan wakaf MAINPP-Yayasan Infaq Angkasa itu. “Usaha dilakukan ini memberi banyak kebaikan berlandaskan hukum syarak. “Sudah tiba masanya badan korporat lain menjadikan wakaf sebagai satu cara hidup dalam memperkukuhkan ekonomi setempat selaras dengan aspirasi kerajaan Malaysia Madani,” kata Abdul Fattah lagi.
Turut hadir di majlis itu, Ahli Lembaga Pemenang Amanah Yayasan Infaq Angkasa, Datuk Anhar Opir,  Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Roslan Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Pulau Pinang, Mohd Jamil Othman.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.