Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang mengadakan Jualan Gudang dan Jualan Kembali ke Sekolah bermula dari 3 Mac 2023 hingga 12 Mac 2023. Jualan itu menawarkan diskaun sehingga 70% dan majalah serendah RM1. Sesi jualan bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang.

Jualan Gudang DBP Wilayah Timur.

Jualan tersebut diadakan secara serentak di semua kedai buku DBP yang terlibat, iaitu di Kompleks DBP Hulu Kelang, DBP Wilayah Timur, Anjung DBP, DBP Cawangan Sabah dan DBP Cawangan Sarawak. Para pelanggan juga boleh membeli secara atas talian melalui laman DBPNiaga.my. Jualan gudang pada kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat. Tambahan lagi, terdapat aktiviti yang diadakan sebagai selingan, umpamanya di DBP Cawangan Sarawak yang mengadakan Kuiz Digital Bahasa Melayu untuk pengunjung yang membeli buku di sana.

Pengunjung yang menyertai Kuiz Digital Bahasa Melayu di DBP Cawangan Sarawak.

Salah seorang pengunjung, Muhammad Faris Azmi yang mengunjungi Anjung DBP menyatakan bahawa jualan itu sangat membantunya dalam persediaan kembali ke sekolah. Tambahnya, dia mendapatkan buku teks dan buku latihan tambahan pada harga yang rendah di jualan gudang ini.

Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk menambah koleksi buku anda dan lengkapkan persediaan ke sekolah dengan mendapatkan buku-buku di Jualan Gudang DBP yang berdekatan dengan lokasi anda!

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.