Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangSungai Petani – Pelbagai produk yang dihasilkan oleh golongan Orang Kurang Upaya
(OKU) dipamerkan dan dijual bersempena dengan Mini Karnival [email protected] 2.0 diĀ G.Mart Mall Premium Sungai Petani, Kedah hari ini.
Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Muhammad Taufiq Johari ini merupakan anjuran bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah dengan Bengkel Daya Sungai Petani (BDSP). Karnival mini ini berjaya mengumpulkan hasil usaha 43 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di seluruh negeri Kedah untuk pameran dan jualan.
Urus setia program tersebut, Rossaffie Ismail berkata, melalui program seperti ini, OKU di PPDK boleh menjadi usahawan jika produk yang dihasilkan mendapat sambutan daripada pengunjung. Antara produk yang dijual termasuklah kerisik asli, bawang putih goreng, minyak tanak dan cendawan hiasan. Pelbagai pengisian aktiviti yang disusun oleh penganjur bagi menarik perhatian pengunjung. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pertandingan mewarna, nyanyian dan kuiz bahasa isyarat.
Penyelia PPDK Lunas, Jalinah Hashim berkata, beliau gembira kerana produk
minyak tanak dan kerisik asli yang diusahakan mendapat sambutan yang menggalakkan dan produk tersebut juga telah memasuki pasaran negara Jepun dan Ireland.