23 Februari 2023, 08:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah USD 114.4 bilion  pada 15 Februari 2023. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM menyatakan bahawa komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (USD 102.1 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (USD 1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (USD 5.7 bilion), emas (USD 2.3 bilion) dan aset rizab lain (USD 2.9 bilion). Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM 617.37 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM 502.28 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM 12.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM 1.44 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM 23.74 bilion), tanah dan bangunan (RM 4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM 72.96 bilion).

BNM turut menambah modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM 100 juta), rizab (RM 160.48 bilion), mata wang dalam edaran (RM 161.94 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM 208.75 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM 10.41 bilion), deposit lain (RM 36.91 bilion), kertas Bank Negara (RM 6.17 bilion), peruntukan SDR (RM 28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM 4.38 bilion).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.