Oleh Abd. Razak Osman
17 Februari 2023, 17:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Baling – Pasar raya Econsave Cash & Carry (Econsave) yang ke-91 dibuka rasmi di Batu 42, Baling, Kedah. Pasar raya itu  menjual 1000 jenis barang kategori Menu Rahmah.
Pengurus Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor berkata, hampir 10 000 pengunjung dari Pengkalan Hulu, Perak, daerah Kuala Muda, Baling, Sik berpeluang membeli barang dengan potongan harga 30% hingga 40% sebaik sahaja pasar raya dibuka kira-kira pukul 8.00 pagi. Pasar raya itu merupakan cawangan keempat di Kedah.
Menurutnya, pihaknya sedia menerima pelbagai pandangan menarik dari kerajaan supaya kempen Menu Rahmah dapat dinikmati sepenuhnya, terutama penduduk di kawasan luar bandar melalui inisiatif Econsave Prihatin. Perasmian pasar raya itu dilakukan oleh Penghulu Mukim Pulai, Hazmir Md. Isa dan turut hadir Ketua Balai Polis Kupang, Sarjan Mejar Abang Ridzuan Abang Haid.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.