Oleh Abd. Razak Osman
13 Februari 2023, 14:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sungai Petani  Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam)  mengadakan Majlis Pelancaran Program E-Duit Desa di Jeniang bagi menggalakkan masyarakat luar bandar, termasuk di negeri Kedah menggunakan pembayaran secara elektronik susulan pelancaran kempen itu diperkenal oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 29 Oktober 2022 lalu.
Setakat ini, seramai 107 orang peniaga di sekitar Pekan Jeniang telah menggunakan keadah perbankan mudah alih GO by Bank Islam yang diperkenalkan itu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd Muazzam Mohamed berkata, tujuan diadakan kempen itu bagi menjadikan Pekan Jeniang daerah Kuala Muda disini sebagai ‘Desa Tanpa Tunai’. Tambah beliau, pada peringkat awal pelbagai masalah bakal timbul dan bilangan pengguna dijangka terus meningkat sebelum akhir tahun ini.
“Kempen e-Duit ini adalah lebih selamat semasa menggunakan e-pembayaran dan Bank Islam juga telah menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh orang ramai setiap tahun. “Sehubungan itu, orang ramai di mana-mana sahaja amat digalakkan untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian sejajar dengan slogan 3S, selamat, senang dan segera.”
Terdahulu itu, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Marzunisham Omar ketika melancarkan kempen itu berkata, melalui program seumpama ini ia boleh menghindarkan seseorang, termasuk peniaga ditipu oleh scammer. “Kita tidak akan menjadi mangsa scammer, jangan mudah beri maklumat peribadi kepada pihak-pihak tidak dikenali,” katanya. Turut hadir di majlis pelancaran itu, Pegawai Kenangan Negeri Kedah, Datuk Isahak Murat dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), Muhamad Arof Darus.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.