8 Februari 2023, 15:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa tetapi boleh memacu pertumbuhan negara, menarik pelaburan ke dalam negara serta memberi rahmah kepada rakyat Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan menambah kerajaan mahu memberikan mesej jelas bahawa penyediaan belanjawan berkenaan bukan sahaja mengambil kira kedudukan ekonomi mencabar, tetapi sesuatu yang boleh memacu pertumbuhan serta meyakinkan pelabur. “Ini satu cabaran yang sangat rumit di mana kita boleh meyakinkan golongan kaya untuk melabur dan kumpulan miskin mendapat faedah kerana kadang-kadang ada pembenturan idea. Jadi, dasar perimbangan penting kerana asas dalam al-Quran.

Dalam perkembangan sama, beliau menambah bahawa fokus kerajaan ketika ini bukan melibatkan soal kaum atau daerah, tetapi terarah kepada kumpulan rakyat. “Fokus kita bukan soal kaum atau daerah. Fokus kita adalah rakyat. Saya tidak mahu boleh tidur nyenyak jika rakyat merasa tersisih dan tidak dipedulikan oleh pemimpin negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan hari ini.

Pada akhir ucapanya, beliau menitip pesan agar semua pihak diingatkan supaya tidak terpukau dengan angka penurunan statistik kemiskinan, sebaliknya perlu sedaya upaya mencari jalan untuk memberi sedikit keselesaan kepada golongan miskin. Turut hadir dalam perhimpunan berkenaan adalah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.