3 Februari 2023, 14:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pelbagai pihak terutamanya golongan B40 dan keluarga miskin menyambut baik tentang program pengajian percuma untuk menyambung pengajian ke universiti seperti yang dicadangkan oleh  Menteri Pendidikan  Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan bahawa pendidikan dapat mengubah nasib golongan tersebut. Program pengajian percuma itu diberikan kepada generasi pertama keluarga miskin yang berjaya memasuki universiti.

Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyatakan bahawa program itu dapat membantu pembentukan modal insan dapat  direalisasikan secara menyeluruh  dalam golongan miskin dan B40. Tambahan beliau lagi, program itu dilihat dapat memberikan peluang dan ruang kepada pelajar yang terlibat untuk mendapat akses dalam pendidikan dan pengetahuan dan seterusnya dapat mengeluarkan keluarga golongan miskin tersebut daripada kelompok kemiskinan.

Tambahan beliau lagi, program tersebut dapat memberikan manfaat kepada golongan miskin dengan memberikan pengetahuan dan pendidikan dan seterusnya dapat mengeluarkan golongan keluarga miskin ini daripada kelompok kemiskinan. Beliau juga berkata dengan kemampuan kewangan negara yang ada, program itu boleh dilaksanakan dengan memberikan bantuan pembiayaan yuran pendidikan secara percuma kepada golongan ini.

Walau bagaimanapun, program itu juga bergantung kepada jumlah keseluruhan pelajar yang menerima bantuan tersebut dan implikasi kewangan negara yang akan terlibat. “Program ini merupakan jajaran daripada pengenalan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) sebelum ini yang dilihat mempunyai ciri persamaan yang sama dengan berfokuskan kepada keluarga miskin dan golongan B40”, katanya. Beliau juga berpendapat bahawa rakyat perlu melihat secara realistik program itu  untuk semua rakyat Malaysia kerana boleh memberikan kesan yang besar kepada kewangan negara pada masa akan datang.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad  berkata pada tahun 1970-an keberhasilan program sebegini dapat dilihat apabila kerajaan berjaya membantu golongan miskin melalui beberapa program iaitu dari segi pinjaman, asrama dan biasiswa. Pada tahun 1970- an program sebegini mampu untuk membuka peluang yang luas kepada anak-anak golongan miskin  mereka akhirnya berjaya mengubah nasib keluarga.

Beliau juga turut berpendapat bahawa sekiranya dasar itu berjaya dilaksanakan akan memberikan impak yang besar kepada golongan ini dan dapat merapatkan jurang kemiskinan di negara kita. “Kerajaan perlu mentakrifkan golongan miskin yang layak mendapat tajaan dalam melaksanakan dasar ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau juga berharap agar Kementerian pendidikan tinggi (KPT) mempunyai garis panduan yang jelas tentang pelaksanaan penajaan ini dan mempunyai definisi kerangka serta penjelasan bagi mereka yang layak dalam proses pemilihan. Menteri Pendidikan Tinggi telah memperkenalkan program pengajian percuma pada 30 Januari lepas kepada pelajar generasi pertama dan dasar dan mekanisme tersebut akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk disokong serta akan dijadikan dasar berterusan kerajaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.