3 Februari 2023, 14:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Selangor – Pelancaran Program Menu Rahmah yang telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub,pada 31 Januari 2023 yang lalu mendapat reaksi positif dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Harga yang ditawarkan adalah berpatutan, hidangannya segar dan amat menyelerakan. Program ini amat baik malah berbaloi bagi mereka yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai,” begitulah antara reaksi positif pelanggan menu Rahmah yang dipetik daripada tinjaun Bernama. Pelancaran Menu Rahmah ini merupakan salah satu inisiatif baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat untuk perbelanjaan makanan dan minuman khusnya buat golongan rakyat sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Penyediaan Menu Rahmah merupakan hidangan seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan dengan harga RM 5.00 sepinggan. Program itu merupakan kerjasama antara pihak kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman di Malaysia. Sebanyak 15 000 premis penjual makanan turut serta dalam melaksanakan usaha membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat golongan sasar.

“Saya harap peranan kementerian sedikit sebanyak dapat membantu rakyat dalam mendepani kos sara hidup,” ujar Menteri (KPDN) dalam sidang media di Bandar Baru Bangi selepas melakukan lawatan mengejut di beberapa kedai makan sebahagian daripada Ops Menu 3.0.

Selain inisiatif Menu Rahmah, terdapat juga program yang akan menyusul seperti:

  • Bakul Rahmah – menyasarkan  keluarga miskin tegar setiap bulan.
  • Pakej Rahmah – meliputi 12 barang keperluan asas.
  • Kafe Rahmah – dilaksanakan di universiti tempatan (bermula di KL dengan sarapan dan makan tengah hari percuma, makan malam dengan diskaun sehingga 50%.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.