30 Januari 2023, 21:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) menganjurkan sesi libat urus yang melibatkan YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom  Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL bersama dengan 54 dewan perniagaan dan persatuan perdagangan. Sesi itu disertai  lebih daripada 150 orang ahli perniagaan. Sesi itu bertujuan untuk meningkatkan tahap pematuhan cukai dalam kalangan rakyat dan pembayar cukai di Malaysia. Sesi itu telah diadakan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur. Turut memeriahkan sesi itu ialah YBhg. Datuk Dr. Sotimin Muhalip, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), Puan Wan Ramiza Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) serta barisan pengurusan kanan HASiL.

Sesi itu bertujuan mendapatkan maklum balas secara terus daripada pihak
berkepentingan berkenaan isu serta cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan
HASiL memandangkan dewan perniagaan dan persatuan perdagangan ini mampu
bertindak sebagai ejen penyebarluas maklumat serta info percukaian kepada semua ahli
di bawah naungannya. Bagi mencapai objektif penganjuran sesi ini, YBhg. Datuk Dr.
Mohd Nizom  Sairi melalui sesi dialognya turut sama bertukar-tukar pendapat dan
maklumat serta bertindak menjadi pemudah cara dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan
yang telah dibangkitkan.

Dalam sesi tersebut, beliau juga telah menyampaikan hasrat dan aspirasi dalam
memperkasakan peranan serta fungsi HASiL selaku agensi pentadbir cukai langsung
negara yang mana pendekatan HASiL berteraskan konsep A.E.S (Awareness,
Education, Services) akan diteruskan lagi dalam tahun 2023 bagi memastikan kadar
pematuhan pembayar cukai terus menunjukkan peningkatan yang positif.

Sehingga bulan Januari tahun 2023, HASiL telah mengadakan sebanyak tiga sesi
libat urus bersama pemain industri dan akan terus komited menganjurkan sesi
sebegini yang merupakan platform terbaik HASiL dalam mendekati pembayar cukai dan
seterusnya menjadi rakan strategik pembayar cukai dalam kitaran ekosistem percukaian.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami
melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/public.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.