20 Januari 2023, 12:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bank Negara Malaysia (BNM)  telah memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75% susulan mesyuarat yang diadakan oleh jawatankuasa dasar monitori (MPC). Keputusan itu menjadikan kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut kekal iaitu kepada 3% dan 2.5% .

BNM menjelaskan bahawa risiko pertumbuhan ekonomi domestik akan menjadi perlahan berpunca daripada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan. Sebelum ini,  OPR telah dinaikkan empat kali berturut-turut sejak 11 Mei lalu. Namun setelah mesyuarat oleh  jawatankuasa dasar monetari (MPC), OPR kekal selepas mengalami empat kali kenaikan.

BNM turut menyatakan bahawa keputusan OPR dikekalkan membolehkan MPC menilai keselarasan kesan OPR secara kumulatif dasar monetari terhadap ekonomi. BNM juga berpendirian bahawa dasar monetari  kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi. MPC juga akan terus menetapkan dasar monetari yang mengimbangi risiko inflasi dan pertumbuhan yang mampan.

BNM juga menjelaskan ekonomi global akan terus  terjejas akibat tekanan kos yang kekal tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi serta gangguan berkaitan COVID-19 di China. Bagi menguruskan tekanan inflasi, bank pusat dijangka akan terus menaikkan kadar faedah meskipun pada kadar yang lebih perlahan dan akan menyebabkan prospek pertumbuhan global akan menghadapi rintangan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.