19 Januari 2023, 21:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), Cyberjaya, Selangor. Lawatan ini merupakan lawatan sulung beliau sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan I.

Ketibaan beliau disambut mesra oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL bersama-sama dengan YBhg. Datuk Dr. Sotimin Muhalip, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), YBhg. Datuk Abu Tariq Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Puan Wan Ramiza Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) serta barisan pengurusan kanan HASiL.

Lawatan kerja rasmi ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran penuh akan peranan dan fungsi HASiL selaku agensi pentadbir cukai langsung negara. Pada tahun ini, HASiL akan terus melaksanakan pendekatan A.E.S (Awareness, Education, Services) bagi memastikan kadar pematuhan cukai meningkat dan sekali gus menyumbang kepada kutipan cukai langsung negara. Selain itu, lawatan ini turut membolehkan YB mendapat maklumat terkini berhubung strategi yang telah dan sedang dilaksanakan di HASiL bagi memudahkan urusan percukaian pembayar cukai.

Beliau turut berpeluang untuk melawat Hasil Network Alert Centre (HNAC) yang merupakan pusat pemantauan setempat aplikasi dan prasarana Information and Communications Technology (ICT) di HASiL yang dikawal selia oleh Jabatan Teknologi Maklumat. Pusat ini bertanggungjawab memastikan semua perkhidmatan dalam talian HASiL berada di dalam keadaan terkawal dan teratur.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui

  1. a)  Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
  2. b)  HASiL Live Chat; dan
  3. c)  Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas

    https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.

    Encik Syamsul Kamal Abdul Rahman, pegawai Jabatan Teknologi Maklumat memberikan taklimat ringkas kepada YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan berkenaan fungsi HASiL Network Alert Centre di Aras 2, Menara HASiL Cyberjaya.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.