18 Januari 2023, 11:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bata Malaysia memenangi Anugerah Emas bagi kategori pakaian dan aksesori dalam Majlis Penyampaian Anugerah Putra Aria Brands 2022. Anugerah itu dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia yang bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan jenama dalam landskap pemasaran dan pengiklanan bagi pelbagai kategori. Anugerah itu turut bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA), Persatuan Pakar Media (MSA) dan Persatuan Digital Malaysia (MDA).

Pasukan Bata Malaysia dalam Majlis Penyampaian Anugerah Putra Aria Brands 2022.

Anugerah itu diukur berdasarkan pertumbuhan pengguna dengan lebih 25 000 responden mengambil bahagian membuat tinjauan di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur. Orang ramai menentukan jenama kegemaran Malaysia berdasarkan kebiasaan, pengalaman dan tanggapan jenama, niat pembelian mereka serta jenama yang akan mereka cadangkan kepada rakan dan keluarga dengan setiap kategori terdiri daripada anugerah Emas, Perak atau Gangsa.

Pengurus Bata Malaysia, Vaibhav Manrao menyatakan bahawa anugerah tersebut menjadi bukti bahawa pengguna mempercayai Bata sebagai pilihan kasut no.1  di Malaysia. Beliau menambah Bata berbesar hati untuk diiktiraf sebagai salah satu pembina jenama di Malaysia. Beliau berharap pengiktirafan tersebut dapat menyemarakkan Bata Malaysia untuk terus memimpin, memberi inspirasi dan menjadi juara pertumbuhan mampan melalui produk dan perkhidmatan inovatif .  Bata Malaysia juga berikrar untuk  terus melangkah ke hadapan dan menjadi lebih baik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!