18 Januari 2023, 04:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Georgetown – Sektor semikonduktor Malaysia dijangka mengalami kelembapan pada tahun ini disebabkan oleh ketidaktentuan geopolitik, inflasi yang tinggi dan kemelesetan ekonomi global.
Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), Datuk Seri Wong Siew Hai menyatakan bahawa syarikat yang mengeluarkan produk pengguna seperti iPhone dan komputer peribadi mengalami hasil lebih rendah berikutan permintaan pengguna yang berkurangan. Beliau menambah bahawa ketidakpastian akibat konflik seperti perang Ukraine-Rusia juga memberikan kesan kepada jualan untuk produk pengguna sekali gus mengakibatkan permintaan pengguna yang lebih rendah dalam industri semikonduktor.
Beliau mengulas bahawa industri itu diunjurkan mencatatkan kadar pertumbuhan negatif pada tahun 2023 kerana jangkaan industri semikonduktor seluruh dunia sudah berada pada kadar -4%. Bagaimanapun, terdapat bidang tertentu syarikat yang terlibat tidak terjejas dan masih kukuh. Sesetengah syarikat seperti dalam sektor automotif dan rangkaian mendapat manfaat kerana beberapa produk telah berpindah ke Malaysia dari China. Pada tahun 2023, kebanyakan syarikat akan berjimat cermat kerana boleh menjejaskan daya saing mereka.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.