17 Januari 2023, 09:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Cyberjaya – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasarkan pelaburan digital bernilai RM49 bilion menjelang tahun 2025 sekali gus mewujudkan 49 000 peluang pekerjaan. Pada masa itu, pelaburan digital dijangka menyumbang 25.5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sumbangan pelaburan digital pada tahun  2022 ialah sebanyak 23.2%.
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz menyatakan bahawa agensi itu mengunjurkan pendapatan sebanyak RM29 bilion daripada sektor digital dan RM16 bilion nilai eksport dalam tempoh tiga tahun akan datang. Beliau melaungkan keyakinan bahawa lebih banyak pelaburan akan memasuki negara walaupun terdapat kemungkinan kemelesetan global. MDEC dijangka melancarkan rangka kerja alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi ekosistem ekonomi digital menjelang suku kedua tahun ini.
Beliau menyatakan bahawa rangka kerja itu digubal berdasarkan kepada standard United Nation Global Compact (UNGC). MDEC berharap dapat meningkatkan aktiviti yang melibatkan inisiatif ESG dalam kalangan pemain industri digital.  Komposisi program ESG untuk industri akan bermula pada suku kedua tahun 2023. MDEC juga telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan UN Global Compact Network Malaysia dan Brunei (UNGCMYB) pada tahun lepas untuk memudahkan penggunaan elemen ESG dalam agensi itu dan ekosistem ekonomi digital.
MDEC juga telah memohon peruntukan yang lebih besar daripada Kementerian Kewangan untuk melaksanakan agenda ESG.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.