15 Januari 2023, 15:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dalam kenyataan media memaklumkan pendaftaran untuk peserta yang berminat menyertai webinar Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2022 akan dibuka mulai 16 Januari 2023 melalui portal https://spk.hasil.gov.my.

SPK yang sepatutnya berlangsung pada bulan Oktober tahun lalu diadakan bagi membincangkan pelbagai inisiatif berkaitan dengan cukai langsung susulan pembentangan Bajet 2023. Penganjuran SPK 2022 akan diadakan dalam dua sesi, iaitu pada 7 Mac 2023 untuk sesi pertama dan pada 8 Mac 2023 untu sesi kedua. Penangguhan penganjuran SPK 2022 ini berikutan dengan keputusan kerajaan persekutuan untuk membentangkan semula Bajet 2023.

Bagi peserta yang telah membuat pendaftaran SPK 2022 yang lalu pada Sesi Pertama (12 Oktober 2022) dan Sesi Kedua (13 Oktober 2022), akan didaftarkan secara automatik sebagai peserta pada sesi dan tarikh baharu yang dinyatakan. HASiL dalam kenyataan medianya juga memaklumkan bahawa peserta yang ingin membuat pertukaran sesi seminar, pindaan tersebut boleh dibuat mulai 16 Januari 2023 melaui portal yang sama. Walau bagaimanapun, pindaan ini hanya dibenarkan kepada para peserta yang telah membuat pembayaran penuh yuran penyertaan SPK 2022. Bagi peserta yang telah mendaftar tetapi masih belum melaksanakan bayaran tersebut, pengesahan penyertaan SPK 2022 juga boleh dilakukan melalui portal ini.

Pihak HASiL sangat mengalu-alukan penyertaan orang ramai khususnya pengamal percukaian, badan perakaunan dan profesional serta pembayar cukai untuk menyertai seminar ini. Hal ini demikian kerana melalui seminar ini para peserta akan didedahkan dengan maklumat terkini berkenaan dengan pindaan semua akta yang ditadbir oleh HASiL lanjutan pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan pada 24 Februari ini. Antara topik penting yang akan dibincangkan dalam seminar ini termasuklah “Cadangan Bajet 2023” dan “Tadbir Urus Percukaian Korporat – Perspektif HASiL”.

Topik-topik ini akan dikupas secara tuntas oleh dua penceramah yang berpengalaman dalam bidang tersebut yang terdiri daripada pegawai kanan HASiL dan ahli panel profesional yang mewakili pengamal percukaian negara.

Peserta yang bakal menyertai seminar ini boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan seminar yang dianjurkan dengan melayari laman web www.hasil.gov.my atau menghubungi pihak Urus Setia SPK 2022 (Bajet 2023) melalui e-mel [email protected]. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada HASiL melalui talian HASiL Care line, 03-8911 1000/603-8911 1100 (luar negara).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.