12 Januari 2023, 08:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Kementerian Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) menyasarkan pelaburan kenderaan elektrik (EV) dapat menarik pelaburan sebanyak RM20 bilion menjelang tahun 2025.
Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa jumlah itu diunjurkan akan meningkat kepada RM40 bilion pada tahun 2030. Beliau menyatakan bahawa Malaysia perlu meneroka ekosistem EV dan rantaian bekalan secara menyeluruh dan  akan membincangkan lebih lanjut untuk memperkukuhkan lagi industri EV.  Industri EV harus dilihat secara menyeluruh dan merangkumi faktor seperti perisian, teknikal, peralatan, kejuruteraan dan sebagainya. Beliau menyatakan demikian selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian memorandum (MoA) antara Artroniq Bhd (Artroniq) dan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) Beno Inc. 
Menerusi MoA yang ditandatangani itu, Artroniq diberikan hak pemasangan penuh bagi rangkaian produk basikal elektrik dibawah jenama Reevo bagi tempoh dua tahun. MoA berkenaan bernilai melebihi RM100 juta menjelang tahun 2025 dan mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia. Lebih 95% basikal elektrik yang yang dikeluarkan oleh Beno dieksport ke AS dan Eropah.

Bagi fasa pertama, Artroniq telah mengenal pasti fasiliti yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang bagi proses pemasangan produk tersebut dan kami memperuntukkan RM5 juta untuk menyediakan kilang dan mengupah tenaga kerja. Syarikat tersebut menjangkakan penghasilan kira-kira 2000 unit basikal elektrik sebulan bermula Mac ini selepas mendapat persetujuan pemegang saham syarikat tersebut menerusi mesyuarat am tahunan yang akan diadakan pada Februari nanti.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.