30 Disember 2022, 20:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangi – Seramai 180 usahawan berjaya bergradausi dalam Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN setelah selesai mengikuti tujuh program bimbingan INSKEN. Tiga daripada progam itu hasil kerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Majlis itu telah dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick. Beliau menyatakan bahawa kementerian terus membawa agenda untuk memperkasakan usahawan di seluruh Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengulas program tersebut telah berjaya membantu sembilan usahawan bertukar status daripada kategori mikro kepada kategori perusahaan kecil. Pecahan peningkatan hasil jualan itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, RM3.3 juta daripada 51 peserta Program IBBC, RM49 000 daripada 30 peserta Program Bimbingan Pembangunan Produk dan RM476 000 adalah daripada 60 usahawan yang menyertai Program Bimbingan Keuntungan Menu.

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin pula menyatakan bahawa pencapaian cemerlang telah memberikan semangat kepada INSKEN semakin untuk melaksanakan lebih banyak lagi program bimbingan pada tahun 2023. Beliau menambah program yang dimulakan pada tahun 2017 ini telah berjaya menghasilkan usahawan baharu. Tambah beliau, prestasi program itu dalam tahun 2022 sangat baik kerana berjaya mencipta 100 peluang pekerjaan baharu, 37 perniagaan bertukar status daripada kategori mikro kepada perusahaan kecil dan mencatatkan lonjakan hasil jualan sebanyak RM8.7 juta. Pencapaian keseluruhan tahun ini direkodkan melalui pelaksanaan 38 program bimbingan yang telah tamat dan terdiri daripada 1395 usahawan.

Selain peserta program IBBC, Program Bimbingan Pembangunan Produk dan Program Bimbingan Keuntungan Menu, terdapat satu lagi kumpulan usahawan permulaan yang turut bergraduasi iaitu Program INSKEN Start-Up Coaching. Pencapaian program itu pula diukur melalui peningkatan skor diagnostik dan pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara sah. Secara keseluruhan, 30% purata skor diagnostik dapat ditingkatkan dan 100% usahawan telah berjaya mendaftar syarikat dengan SSM. Seramai 39 usahawan yang menyertai Program INSKEN Start-Up Coaching ini terbahagi kepada dua industri iaitu 20 usahawan daripada Postnatal Care dan 19 usahawan daripada kafe dan restoran.

Sebahagian peserta program INSKEN dalam Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.