23 Disember 2022, 21:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Al Rajhi Bank Malaysia (ARBM) telah melancarkan bank digital pertama di Malaysia. Nama bank itu ialah Rize. Bank itu telah dilengkapi dengan teknologi terkini untuk memberikan pengalaman perbankan yang terbaik kepada pelanggan.

Ketua pegawai eksekutif ARBM, Arsalaan Ahmed menyatakan bahawa Rize merupakan bank digital yang berusaha untuk memberikan inspirasi dan memperkasakan pelanggan mereka yang dikenali sebagai Rizers. Beliau menambah bahawa apabila masyarakat menjadi Rizers, mereka akan mendapat akses pengalaman perbankan yang berteknologi tinggi dan terkini. Beliau turut menyatakan bahawa semua keperluan perkhidmatan perbankan Rizers akan tersedia di telefon pintar mereka tanpa perlu pergi ke cawangan fizikal. Selain itu, Rize juga menawarkan pilihan pembiayaan peribadi yang mesra pelanggan.

Ketua pegawai eksekutif ARBM, Arsalaan Ahmed sedang memberikan penerangan tentang Rize.

Rize juga menawarkan produk simpanan yang dikenali sebagai Rize Savings Pot dan merupakan satu-satunya simpanan Malaysia dengan kadar keuntungan yang membolehkan pelanggan memperoleh pendapatan sambil menyimpan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.