Oleh Ritah Yahaya
21 Disember 2022, 14:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuantan – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) melalui Skuad Sukarelawan Banjir HASiL Peringkat Negeri Pahang meneruskan kesinambungan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyantuni kakitangan HASiL Cawangan Kuantan yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda baru-baru ini.

Sebanyak 19 orang pegawai dan staf daripada Skuad Sukarelawan Banjir HASiL terlibat dengan memfokuskan Misi Bantuan (Pembersihan) secara gotong-royong melibatkan rumah Encik Wan Muhammad Azizi bin Wan Yahya dan Puan Rohayu binti Abdullah di Kampung Alor Ladang, Beserah, Kuantan.

 

Skuad Sukarelawan Banjir HASiL Peringkat Negeri Pahang menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Encik  Wan Muhammad Azizi bin Wan Yahya (enam dari kanan).
Encik Wan Muhammad Azizi bin Wan Yahya merupakan kakitangan HASiL Cawangan Kuantan yang terkesan dengan bencana banjir.

 

 

Selain aktiviti pembersihan yang dijalankan pada 20 Disember 2022 itu, kakitangan HASiL yang terjejas banjir, turut menerima sumbangan bakul makanan daripada HASiL bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Skuad Sukarelawan Banjir HASiL diwujudkan untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir, khususnya dalam kalangan kakitangan HASiL di seluruh negara. Usaha ini bukan sahaja bertujuan menampilkan HASiL sebagai sebuah organisasi yang prihatin, malah usaha ini juga bagi memastikan hubungan kakitangan HASiL sentiasa erat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.