17 Disember 2022, 10:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Johor Bahru – Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han memaklumkan bahawa Johor berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama negara apabila mencatatkan pelaburan paling tinggi untuk tempoh Januari sehingga September tahun ini iaitu sebanyak RM63.9 bilion.
Beliau menambah bahawa sektor perkhidmatan tetap mendominasi pelaburan iaitu sebanyak RM55.06 bilion, sektor perkilangan RM8.84 bilion dan sektor utama berjumlah RM25 juta. Beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 340 projek telah diluluskan oleh MIDA manakala 11 968 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan melalui pelaburan tersebut. Statistik itu telah membuktikan bahawa Johor tetap menjadi destinasi pelaburan utama dalam negara bersandarkan ekosistem pelaburan dan perindustrian yang memenuhi kriteria para pelabur asing dan domestik.
Berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Johor mencatatkan prestasi pelaburan hampir 33% daripada angka pelaburan nasional yang direkodkan iaitu RM193.7 bilion. Selain itu, pencapaian positif itu turut disumbangkan oleh penyediaan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi, kestabilan politik di Johor, kemudahan utiliti dan infrastruktur yang baik. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan Johor akan menumpukan perhatian untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam sektor digital, peranti perubatan, pembuatan termaju serta industri sokongan berkaitan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.