17 Disember 2022, 06:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Harga minyak turun pada hari Khamis berikutan kebimbangan ke atas permintaan berikutan kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat (USD).
Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent telah didagangkan pada USD82.16 setong pada sesi pagi yang telah menyaksikan penurunan sebanyak 0.65% daripada harga penutupan hari Rabu. Sementara itu, penanda aras Amerika West Texas Intermediate pula berada pada harga USD76.66 setong yang menyaksikan kemerosotan harga sebanyak 0.80%.
Kenaikan nilai USD susulan pengumumkan kenaikan kadar faedah yang dilakukan oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat telah memberikan impak negatif kepada harga minyak mentah. Hal ini demikian kerana urus niaga minyak dijalankan dengan menggunakan mata wang USD dan telah mencetuskan kebimbangan mengenai permintaan yang lemah. Inventori minyak mentah komersial AS meningkat 2.5% pada minggu berakhir 9 Disember 2022. Inventori itu telah meningkat sekitar 10.2 juta tong kepada 424.1 juta tong walaupun jangkaan pasaran merosot sekitar 3.9 juta tong.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!