17 Disember 2022, 22:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Padang Besar – Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM), Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Superfruits Valley di Chuping. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Robin Lim yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Fig Direct yang mengusahakan ladang tersebut.

Antara tanaman utama yang ditanam di sekitar ladang berkeluasan 50 hektar itu ialah buah tin, buah gac, lemon dan markisa. Ladang itu juga menjadi salah satu destinasi agropelancongan yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong.

Sempena keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja, Robin telah memberikan taklimat tentang produk dan inisiatif yang dilakukan oleh syarikatnya bagi memajukan industri pertanian dan agropelancongan di Perlis.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.