16 Disember 2022, 16:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sebagai usaha meningkatkan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) sedang dalam proses menaik taraf sistem dalaman yang dijangka selesai sepenuhnya pada 1 Januari 2023. Bagi kelancaran proses ini beberapa saluran bayaran akan ditutup untuk sementara waktu, justeru tarikh akhir penerimaan bayaran cukai bagi saluran bayaran yang terlibat dengan penutupan tersebut adalah seperti yang berikut:

(i) Bayaran di kaunter pusat bayaran HASiL (Semenanjung/Sabah/Sarawak) 30 Disember 2022 (Jumaat) (mengikut masa operasi kaunter semasa)

(ii) Terminal kad kredit/Debit di kaunter pusat bayaran HASiLĀ  (Semenanjung/Sabah/Sarawak) 30 Disember 2022 (Jumaat) (mengikut masa operasi kaunter semasa)

(iii) Bayaran melalui FPX-ByrHASiL 28 Disember 2022 (Rabu). Ditutup bermula 29 Disember 2022, pada pukul 12.01 tengah hari.

(iv) Sistem e-TT. Ditutup bermula 29 Disember 2022, pada pukul 12.01 tengah hari.

(v) Bayaran di bank komersial yang dilantik oleh HASiL. Tidak terlibat dan akan beroperasi seperti biasa.

(vi) Bayaran di kaunter Pos Malaysia. Tidak terlibat dan akan beroperasi seperti biasa.

Perkhidmatan FPX-ByrHASiL yang ditutup sementara akan mula dibuka semula pada 1 Januari 2023, manakala bayaran menggunakan Nombor VA melalui janaan di Sistem e-TT hanya boleh dibuat bermula 3 Januari 2023 pada pukul 8.00 pagi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan bayaran yang disediakan,
pembayar cukai boleh merujuk portal rasmi HASiL menerusi:

(i) Perkhidmatan > individu > kitaran cukai individu > bayaran atau;

(ii) Perkhidmatan > syarikat > pembayaran cukai syarikat > kaedah pembayaran.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui:

(i) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

(ii) HASiL Live Chat;

(iii) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.