8 Disember 2022, 09:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
BNM menganggarkan mudah tunai sebanyak RM43.02 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam bernilai RM37.40 bilion. BNM akan melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional masing-masing bernilai RM1 bilion satu selama tujuh hari dan 14 hari serta tender repo berbalik bernilai RM2 bilion selama 31 hari.
Selain itu, BNM juga menawarkan tiga tender Qard iaitu tender RM1.3 bilion selama tujuh hari, tender RM700 juta bagi tempoh 14 hari dan tender RM800 juta selama 22 hari. BNM juga turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan kemudahan Komoditi Murabahah Bercagar selama sebulan hingga tiga bulan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.