7 Disember 2022, 09:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan bahawa insentif pengeluaran getah (IPG) untuk pekebun kecil diaktifkan bagi November 2022 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
LGM menyatakan bahawa harga purata peringkat ladang bagi “cup lump” atau getah sekerap pada November 2022 ialah RM2.20 sekilogram bagi Semenanjung, RM1.90 sekilogram bagi Sabah dan RM1.95 sekilogram bagi Sarawak. LGM turut menambah IPG getah sekerap dan lateks teraktif bagi bulan tersebut di Semenanjung berada pada kadar 30 sen sekilogram bagi 50% kandungan getah kering (KGK) dan 60 sen sekilogram bagi 100% KGK.
LGM memaklumkan di Sabah kadar 60 sen sekilogram bagi 50% KGK dan RM1.20 sekilogram bagi 100% KGK. Selain itu, IPG di Sarawak masing-masing berada pada kadar 55 sen sekilogram bagi 50% KGK dan RM1.10 sekilogram bagi 100% KGK.  IPG lateks teraktif pula berada pada kadar 90 sen sekilogram bagi 100% KGK. Selain itu, LGM turut menyatakan bahawa pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG berdasarkan kepada pengeluaran November 2022 mulai 1 Disember hingga 31 Disember 2022.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.