3 Disember 2022, 09:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Pakar ekonomi membuat jangkaan bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengisytiharkan kadar dividen dalam lingkungan 2.75% hingga 3.10% pada tahun ini. Hal itu demikian kerana persekitaran ekonomi domestik dan antarabangsa yang mencabar dan TH sedang melaksanakan strategi untuk memulihkan kedudukan kewangan.
Menurut Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff, TH telah mula melaksanakan strategi yang ditetapkan sebagaiĀ  tindak balas untuk menghadapi cabaran luaran dan dalaman ketika berhadapan dengan keadaan pasaran yang tidak menentu. Beliau menambah bahawa jangkaan itu dibuat berdasarkan kepada penilaian prestasi TH bagi separuh pertama tahun ini yang menyaksikan kos operasi dan pentadbirannya meningkat sebanyak 3.6% setanding dengan kadar inflasi semasa. Profesor Barjoyai Bardai pula berpendapat bahawa TH akan menawarkan kadar dividen berdasarkan pergerakan kadar faedah semasa yang berada pada 2.75%.
Beliau menyatakan bahawa TH sedang melaksanakan pelan pemulihan dan mereka perlu menyelesaikan beberapa isu sebelum dapat menujukkan prestasi yang sebenar. Beliau juga turut menambah pulangan aset TH terutamanya aset pendapatan tetap ditentukan oleh kadar faedah pasaran dan modal pendapatan yang besar tidak boleh diharapkan daripada portfolio ini.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.