Diterbitkan pada 2 Disember 2022, 20:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Petaling Jaya – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyatakan bahawa gaji untuk eksekutif dan bukan eksekutif di Malaysia dijangka meningkat masing-masing sebanyak 5.44% dan 5.43% pada tahun 2023. Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman menyatakan bahawa kira-kira 90% syarikat yang dikaji menyatakan prestasi pekerja sebagai kriteria utama untuk menentukan kenaikan gaji eksekutif dan bukan eksekutif.
Kaji selidik itu juga meliputi pelaksanaan perintah gaji minimum tahun 2022 yang meningkatkan gaji minimum kepada RM1500 sebulan dan memberikan kesan kepada 70.3% syarikat yang ditinjau.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi