Oleh Abd Razak Osman
27 November 2022, 18:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Langkawi – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sedia memberikan kerjasama penuh kepada menteri yang dilantik bagi menjaga hal ehwal koperasi demi memastikan sektor itu terus dipacu kejayaan dalam menangani isu kos sara hidup serta perkara lain yang memberikan impak secara terus kepada masyarakat di negara ini.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya akan menyokong apa-apa sahaja yang terbaik dalam menjayakan gerakan koperasi di negara ini. Jelasnya lagi:

“Gerakan 14 975 buah koperasi akan menjadi lebih berfungsi jika kerjasama yang baik terus diadakan.”

“Setiap produk diperkenalkan oleh koperasi pasti mendapat sambutan pengguna jika pihak kementerian sentiasa memberikan perhatian tanpa mengenal erti jemu dan bosan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima Anugerah Ikon Pemimpin Koperasi Berwawasan bersempena dengan Majlis Makan Malam dan Anugerah Midlands -ACCUM Ulang Tahun Ke-100 Gerakan Koperasi di Malaysia anjuran Kesatuan Koperasi Midlands Berhad (MIDLANDS) dan Persatuan Kredit Malaysia (ACCUM) dari Kuala Lumpur di Hotel Langkasuka Langkawi, Kedah di sini.

Terdahulu itu, sebanyak 150 orang peserta dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Perak dan lain-lain mengikuti Seminar Koperasi Malaysia 2022 yang bertemakan “Pembentukan Agenda Baru Gerakan Koperasi Malaysia Kekal ke Hadapan dan Relevan untuk Masa Depan”.

Urus setia seminar itu, S. Ahlaimuniandy berkata, banyak perkara baharu diperoleh bagi memajukan gerakan koperasi di negara ini.

“Terima kasih kepada semua pihak kerana memberikan kerjasama terhadap program yang diadakan itu.”

“Melalui program begini ia berjaya mengeratkan hubungan baik antara pihak pengurusan koperasi di negara ini dengan ANGKASA,” katanya.

S. Ahlaimuniandy (kiri) semasa menyampaikan ucapan di majlis makan malam di Hotel Langkasuka Langkawi.
Turut hadir di seminar itu selama dua hari yang berakhir pada hari ini ialah Pengerusi Kesatuan Koperasi Midlands Berhad (MIDLANDS), Datuk Dr. Mohinder Singh dan Pengerusi Persatuan Koperasi Kredit Malaysia (ACCUM), Datuk Dr. Mohd Ariff Araff.
Datuk Dr.  Mohinder Singh (dua kanan) menyampaikan Anugerah Ikon Pemimpin Koperasi Berwawasan kepada Datuk Abdul Fattah Abdullah.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.