Oleh Ritah Yahaya
24 November 2022, 18:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pasaran saham tempatan dan ringgit kembali positif susulan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Pelantikan Anwar dilihat tindakan yang tepat kerana beliau bukan sahaja tokoh politik sangat berpengaruh, tetapi juga memiliki kepakaran dalam aspek ekonomi dan penglibatan meluas pada peringkat  antarabangsa.

Prestasi memberangsangkan ini turut disebabkan oleh keyakinan pasaran selepas Bank Pusat Amerika Syarikat (AS),  Rizab Persekutuan  atau Federal Reserve (Fed) memberikan petujuk untuk mengambil langkah kurang agresif untuk menaikkan kadar faedah.

Bursa Malaysia kembali melepasi paras 1 500 mata hari ini apabila ditutup pada 1 501.88 mata, naik 58.38 mata atau 4.04%. Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal semalam apabila pelabur mengalu-alukan berita positif daripada mesyuarat Fed pada November 2022. Pegawai bank pusat AS itu bersetuju bahawa kadar kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan berkemungkinan adalah lebih wajar.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!