16 November 2022, 16:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Malaysia Airlines akan menambah kekerapan penerbangan dan menggunakan pesawat A330 berbadan lebar di beberapa laluan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi memastikan perjalanan yang lancar dan boleh dipercayai untuk pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Syarikat itu memaklumkan bahawa akan menambah penerbangan kepada 44 daripada 26, dan menaik taraf kepada 24 daripada 16 perkhidmatan domestik menggunakan pesawat A330. Mereka yang pulang pada 19 November juga akan mendapat diskaun 20% sehala, tambang termasuk semua bermula pada RM104 melalui kempen “Jom Balik Mengundi” yang dilakukan oleh syarikat penerbangan itu untuk tempahan yang dibuat sebelum 19 November bagi perjalanan dari 11 November hingga 27 November 2022.
Diskaun 2o% itu terpakai kepada semua kategori tambang, termasuk Lite, Basic dan Flex untuk Kelas Ekonomi serta Basic dan Flex untuk kelas perniagaan. Tempahan boleh dibuat di www.malaysiairlines.com. Syarikat penerbangan itu turut menggalakkan pelajar berumur antara 18 dan 26 tahun untuk mendaftar sebagai ahli MHexplorer untuk menikmati faedah perjalanan sepanjang tahun, termasuk diskaun sehingga 30% untuk penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly, elaun tambahan bagasi sebanyak 10 kilogram, satu pertukaran tarikh percuma dan lain-lain faedah.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd, Kapten Izham Ismail menyatakan bahawa tempahan Malaysia Airlines telah melonjak sebanyak 7% berbanding purata hariannya, dengan hampir 70 000 tempahan penumpang sejak pelancaran “Jom Balik Mengundi” pada 20 Oktober. Syarikat penerbangan itu telah meningkatkan kapasiti sebanyak 30% ke destinasi domestik utama di Semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang, Kota Bharu, Sabah dan Sarawak.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.