Oleh Ritah Yahaya
15 November 2022, 10:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Hangzhou, China – Alibaba Group Holding Limited (NYSE: BABA; HKEX: 9988) dengan jayanya menutup Festival Beli-belah Global 11.11 (“11.11”) tahunan ke-14, dan menghasilkan keputusan sejajar dengan prestasi GMV (nilai dagangan kasar) tahun lepas meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran makro dan impak yang berkaitan dengan COVID-19.

Festival 11.11 pada tahun ini menampilkan lebih daripada 290 000 jenama daripada lebih 90 buah negara dan rantau merentas 7000 kategori produk. Dalam tempoh empat jam pertama, yang bermula pada pukul 8.00 malam, 10 November 2022, lebih daripada 130 jenama melebihi RMB100 juta dalam GMV janaan ahli.

Lebih 5600 jenama menyaksikan GMV janaan ahli mereka meningkat lebih dua kali berbanding dengan empat jam pertama pada tahun lepas. “Kami merakamkan terima kasih kepada peniaga yang mengambil bahagian dan rakan kongsi ekosistem kami kerana bekerjasama dengan kami untuk menghasilkan Festival Beli-belah Global yang menunjukkan trajektori pertumbuhan yang kukuh dan memberangsangkan. Kita menyaksikan daya tahan dan kedinamikan sektor penggunaan China,” jelas Chui Xue, Presiden Pembangunan Industri dan Pusat Operasi Taobao dan Tmall, Kumpulan Alibaba.

“Keutamaan kami untuk 11.11 ini adalah untuk meningkatkan kepastian operasi para peniaga kita. Kami berbesar hati dapat membantu jenama dan peniaga yang mengambil bahagian mengumpulkan pelanggan setia baharu semasa festival yang akan berperanan sebagai asas yang kukuh bagi kemampanan operasi mereka.

Kami juga berasa teruja melihat kemunculan trend penggunaan baharu yang diiringi potensi besar yang belum dimanfaatkan. Kami akan terus berinovasi dan memperkukuh keupayaan kami untuk menyediakan para peniaga kami dengan peluang yang berdaya harap untuk pertumbuhan jangka panjang dan menggembleng usaha yang bersepadu untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang.”

Pada tahun kedua pengendaliannya yang menggunakan awan (cloud) secara sepenuhnya, Festival Beli-belah Global menyaksikan kecekapan pengkomputeran yang bertambah baik didorong oleh pengkomputeran berprestasi tinggi dan penggunaan teknologi yang inovatif.

Kos pengkomputeran bagi setiap unit sumber berkurangan sebanyak 8% berbanding dengan tahun lepas, iaitu dari 1 April hingga 11 November 2022.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.