Diterbitkan pada 12 November 2022, 11:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Pagoh – Kementerian Pertanian dan Indusri Makanan (MAFI) menyasarkan produktiviti dan pengeluaran kelapa untuk pasaran tempatan meningkat sebanyak 50% pada tahun depan berbanding tahun 2020.
Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Zahimi Hassan menyatakan bahawa hasil pengeluaran kelapa bagi Semenanjung Malaysia berjumlah 451 693.1 tan metrik, manakala jumlah pengeluaran bagi Sabah, Sarawak dan Labuan sebanyak 109 291.3 tan metrik pada tahun 2020.
Beliau turut menambah bahawa pasaran kelapa pada masa ini hanya tertumpu kepada pasaran tempatan dengan 70% adalah untuk menghasilkan produk berasaskan kelapa. Pihaknya sekarang sudah mempunyai  perancangan untuk memasarkan produk tempatan ke pasaran luar negara bagi meluaskan produk berasaskan kelapa ke seluruh dunia.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi