12 November 2022, 09:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Ekonomi Malaysia meneruskan momentum pemulihan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2022 (S3 2022) apabila mencapai pertumbuhan 14.2%, lebih kukuh berbanding 8.9% yang dicatat pada suku kedua 2022 (S3 2022). Perkara itu diumumkan oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Menurut beliau, walaupun terdapat kesan asas daripada pertumbuhan negatif pada suku ketiga tahun 2021, pertumbuhan juga didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, disokong oleh keadaan pasaran pekerja dan pendapatan yang bertambah baik serta sokongan dasar yang berterusan. Selain itu, eksport terus disokong oleh permintaan yang kukuh terhadap produk elektrik dan elektronik (E&E) selain pemulihan pelancongan ke dalam negeri memberikan sokongan tambahan kepada kegiatan ekonomi. Pertumbuhan terus didorong oleh sektor perkhidmatan dan perkilangan.
Pada asas suku tahun ke suku tahun terlaras secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 1.9% (S2 2022: 3.5 peratus). Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 9.3% pada tiga suku pertama tahun ini.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.